Pertimbangan Konteks dalam Pengeluaran Hukum

  • Konteks itu mengambil kira suasana serta lingkungan. Serta keperluan, sama ada keperluan peribadi juga masyarakat setempat. Di sini perlu untuk kita memahami kepentingan konteks dalam urusan agama. Kerana dengan merujuk kepada pelbagai hadith, kita akan mendapati bagaimana kadangkala Nabi (s.a.w.) menyesuaikan jawapan yang diberikan, mengikuti keperluan serta keadaan individu yang bertanya.

 

  • Memahami konteks itu bukan hanya terbatas kepada memahami keperluan individu serta masyarakat. Akan tetapi termasuk juga dalam kita memahami teks-teks agama daripada al-Quran dan hadith Rasulullah s.a.w. Apakah yang dimaksudkan sesuatu teks agama? Apakah latarbelakangnya? Apakah ayat-ayat yang berkaitannya?