Ramadan: Bulan Memperhalusi Jiwa

  • Abdikanlah diri kita kepada Allah dengan bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah kita untukNya, sebagai tanda kesyukuran kita yang tulus di atas segala kurniaanNya. Syukur yang kita panjatkan adalah untuk keperluan dan kebaikan kita sendiri.

     

     

  • Ini akan mampu kita lakukan jika kita mahu mendidik jiwa kita menjadi lembut dan murni daripada kekotoran. Usah dibiarkan jiwa kita terus keras dengan dosa yang tidak kita kesalkan. Maka rebutlah peluang bulan pengampunan ini untuk bertaubat kepada Allah dan memperbanyakkan istighfar

     

     

  • Ambillah kesempatan dari Ramadan ini untuk terus bersangka baik terhadap Allah, memperbanyakkan doa dengan sepenuh keyakinan bahawa Allah tidak akan membiarkan kita tanpa kurniaan dan perlindunganNya.