A Singapore Government Agency Website

Office of the Mufti

Ramadan Yang Selamat dan Bermakna

  • Ramadan pada tahun yang lalu telah meninggalkan kesan yang menakjubkan kepada kita, walaupun tidak dapat ke masjid. Ikatan keluarga kita bertambah erat. Sebagai satu masyarakat, kita telah melalui segala ujian ini bersama, dengan cekal, tabah dan sabar. Alhamdulillah, keadaan bertambah baik di Singapura, walaupun risikonya belum berakhir. Secara berperingkat kita membuka masjid dan aktiviti-aktiviti ibadah, dakwah dan pendidikan Islam. Kini lebih banyak aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan.

     

  • Meskipun itu saudara, jika kita tidak berpeluang ke masjid, janganlah kita berasa kerugian. Bahkan sebaliknya. Kita bersyukur orang lain dapat peluang untuk ke masjid. Dan jika kita yang berpeluang, kita berdoa agar orang lain juga diberi peluang. Kerana kita beriman, bahawa di mana sekalipun kita melaksanakan ibadah, Allah Maha Mendengar dan sedia menerima. Kerohanian kita tidak dibataskan oleh tempat dan bangunan tertentu, tetapi hubungan hati kita dengan Allah sentiasa terpaut. Kita teruskan amalan baik kita bersama keluarga di rumah.

     

     

  • Teruskan meraih ilmu sebagai persiapan untuk Ramadan ini, dan sepanjang bulan Ramadan. Jika kita tidak berpeluang meraih ilmu ini secara fizikal di masjid atau pusat- pusat pendidikan, teruskan menghadiri program-program yang disediakan secara online. Alhamdulillah semakin banyak program-program pendidikan Islam yang tersedia secara online. Tambahan itu, kita juga perlu mengambil peluang dan kesempatan sebelum bulan Ramadan ini, untuk mempertingkatkan mahupun menyemak semula akan cara-cara pelaksanaan solat terawih serta solat qiyamullail.