Keseimbangan Dalam Urusan Ibadah

  • Khutbah minggu ini mengupaskan lebih lanjut salah satu aspek ibadah yang perlu kita perhatikan. Iaitu aspek keseimbangan dalam melaksanakan ibadah sesuai dengan tabi'at serta naluri insan.
  • Islam tidak pernah mengajar kita untuk meninggalkan sepenuhnya segala keperluan kita sebagai insan serta mengabaikan hak individu di sekeliling kita. Kita harus bijak dalam menguruskan masa kita seperti yang diajar oleh Baginda (s.a.w) dalam hadis tersebut. Bahkan, mengambilkira pengajaran khutbah pada minggu lalu, maksud ibadah itu begitu luas sekali di sisi Islam.