Kehidupan Berkeluarga Pengajaran daripada Kisah Para Anbiya

  • Institusi keluarga merupakan salah satu tunggak yang menjamin keharmonian masayarakat. Keluarga yang santun, yang berasaskan kasih sayang dan sikap bekerjasama mencerminkan taraf kemajuan sosial masyarakat tersebut.

  • Kisah ketabahan Nabi Ayub a.s. menempuhi ujian Allah s.w.t. merupakan antara kisah yang dirakamkan Al-Quran. Baginda a.s. yang sebelumnya dikurniakan pelbagai nikmat, diuji dengan pelbagai dugaan sehingga kehilangan anak, harta dan tempat berteduh. Namun, disebalik semua itu, isterinya tetap tabah disisi dan sering berkomunikasi bersama suaminya dengan penuh rasa sabar. Berkat ketabahan mereka, Nabi Ayub kembali pulih dan dikurniakan semula dengan pelbagai nikmat.

  • Terdapat beberapa pengajaran penting yang boleh kita raih daripada kisah ini. Di antaranya adalah berkaitan dengan kesabaran yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga.