Pendidikan Anak-Anak, Satu Kepentingan.

  • Dalam membicarakan tentang ilmu agama yang mempersiapkan kita untuk hari akhirat, janganlah pula sekali-kali kita mengabaikan kepentingan ilmu untuk menguruskan kehidupan insan di dunia. Kedua-duanya harus bergerak sama langkah demi mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.

  • Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membesarkan anak-anak. Bahkan pembangunan pendidikan serta pencapaian akademik anak-anak adalah antara aspek terpenting yang wajar diberikan perhatian.

  • Pendidikan yang menyeluruh serta mencukupi, memastikan bahawa anak-anak kita mampu untuk menyumbang kepada masyarakat di masadepan.