Pengajaran daripada Kisah Habil dan Qabil

  • Saudaraku, kita masih lagi berada di dalam bulan Zulhijjah yang mulia ini. Oleh itu, marilah kita mengimbas kembali kisah pengorbanan anak-anak Nabi Adam a.s. - iaitu Habil dan Qabil. Terdapat beberapa pengajaran dan teladan yang boleh kita dapati daripada kisah ini.
  • Yang Pertama: Niat yang suci, didorongi hati yang ikhlas bukan hanya akan dapat membantu kita untuk meraih penerimaan daripada Allah s.w.t., ia juga akan meningkatkan mutu dan penghayatan ibadah yang kita kerjakan.
  • Yang Kedua: Kisah ini juga memberikan kepada kita pengajaran berkaitan dengan jiwa seorang insan, dan bagaimana jiwa ini perlu sentiasa disuburkan dengan budi pekerti yang mulia. Sebaliknya, jiwa yang kosong pasti akan dipenuhi dengan sifat-sifat mazmumah seperti dengki, iri hati, permusuhan, keganasan dan kehancuran.