Menghayati Nama Tuhan Al-Barr

  • Di samping kurniaan serta nikmat Tuhan, kita tidak menafikan bahawa terdapat juga pelbagai cabaran hidup yang kita alami. Kadangkala sebahagian individu diuji dengan ujian kehidupan yang pelbagai. Maka bagi individu Mukmin, beliau memiliki keyakinan yang kukuh bahawa segala yang Tuhan al-Barr tetapkan terdapat hikmah di sebaliknya. 

     

     

  • Dan apabila kita memahami nama Tuhan al-Barr ini dengan betul, kita akan bersangka baik terhadap-Nya. Kerana Allah (s.w.t.) Maha Pengasih dan Maha Penyayang, lantas mahukan yang terbaik buat hamba-hamba-Nya.

     

     

  • Namun, Allah (s.w.t.) yang bersifat al-Barr tetap terus mengurniakan kepada kita nikmat-Nya yang tidak terhitung banyaknya. Sebagai contoh sejak kebelakangan ini, walaupun ada keterbatasan dalam pergerakan kita, ada keringanan dan jalan keluar yang diberi. Kita mendapati masjid-masjid di Singapura telah membuka lebih banyak ruang untuk solat Jumaat berbanding dahulu.