Khutbah Aidilfitri : Memupuk Kehidupan Beragama Yakin dan Berdaya Tahan

Ramadan telah mendidik kita nilai rahmah dalam kehidupan. Ia mengasuh kita makna kebaikan dan meniup ke dalam diri kita roh kebijaksanaan. 

Masyarakat gemilang, yakin, berdaya tahan, dan perkasa dibangunkan atas tiga tunggak. Pertama, membina ilmu dan pemahaman agama yang mendalam. Kedua, memupuk akhlak dan adab yang luhur. Ketiga, membentuk budaya menyumbang ke arah kebaikan. Mari kita renungkan ketiga-tiga tunggak ini.