Doa Nabi Yunus (a.s) : Adab meminta

  • Terdapat tatatertib dan panduan yang perlu dituruti. Seperti Nabi Yunus (a.s), menzahirkan rasa kehambaan kita kepada-Nya dan juga sentiasa bersangka baik dengan Allah (s.w.t) adalah dua perkara terpenting yang perlu diperhatikan di ketika berdoa. 
  • faktor yang penting dalam berdoa adalah untuk sentiasa bersangka baik dengan Tuhan. Kerana tiada doa yang dipanjatkan, melainkan Tuhan mendengarnya. Kerana Dia yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.