Berhikmah dalam Memahami Teks Agama

  • Sebagai umat Islam, kita sentiasa diingatkan untuk berusaha memperolehi pemahaman yang tepat akan nas-nas agama. Al-Quran dan Hadis itu bukanlah hanya merupakan coretan teks-teks agama di sebalik lembaran kitab, akan tetapi kefahaman yang betul di sebalik teks-teks agama juga merupakan sebahagian daripada tuntutan Al-Quran dan Hadis.
  • Panduan Rasulullah (S.A.W.) berkaitan akhir zaman ini adalah, ia sebenarnya mengingatkan kita untuk mempersiapkan diri menghadapi kehidupan alam akhirat. Kita diingatkan untuk memperbanyakkan amal kebajikan, melakukan kebaikan dan memberi kemanfaatan buat umat manusia sejagat. Bahkan semangat menyumbang dan melakukan kebaikan ini tetap perlu terus dihidupkan walaupun jika kita mengetahui bahawa kiamat berlaku esok.