Sikap Rahmah Dalam Kehidupan Berkeluarga

  • Ayat yang dibacakan sebentar tadi menyebutkan dua nilai utama dalam kehidupan berkeluarga. Iaitu sifat rahmah dan kasih sayang. Dua sifat ini patut dimanifestasikan dalam segala interaksi serta pergaulan kita bersama ahli keluarga. Lebih-lebih lagi ketika berada dalam situasi persengketaan.
  • Perselisihan pendapat, ataupun perbezaan yang berlaku antara pasangan adalah satu lumrah kehidupan berkeluarga. Perbezaan ini tidak seharusnya menjadi sebab untuk kita mengambil jalan kekerasan dalam mencari jalan penyelesaian. Kerana yang memandu setiap orang mukmin itu adalah panduan agama, daripada al-Quran dan Sunnah. Dan bukannya dirinya dipandu dengan keinginan peribadi, serta hawa nafsu.