Akhlak Dan Beragama

  • Khutbah sepanjang bulan ini memberi penumpuan kepada kepentingan agama di dalam kehidupan. Disamping itu ia memberi penumpuan kepada kepentingan memeroleh pemahaman yang benar, tepat serta menyeluruh tentang agama. Pada minggu ini, khutabh ingin memberi penumpuan kepada satu lagi aspek yang tidak kurang pentingnya. Ia berkaitan dengan agama dan adab yang perlu diperhatikan dalam beragama.
  • Seharusnya kita memahami bahawa dengan menuntut ilmu ia dapat mempertingkatkan keimanan kita, di waktu yang sama seorang mukmin akan mempraktikkan akhlak-akhlak yang mulia di sisi agama.
  • Tidak dapat kita nafikan bahawa kita seharusnya mengikuti apa yang kita percaya sebagai benar dan kita berkeyakinan bahawa ia tepat. Akan tetapi jangan sekali-kali kita bertanggapan bahawa hanya pendapat kita sahaja yang betul.