A Singapore Government Agency Website

Office of the Mufti

Kejujuran Prinsip Seorang Mukmin

  • Memilih yang benar dan hak merupakan satu prinsip dan pegangan hidup setiap Mukmin. Walaupun kadangkala ia tidak mudah dilaksanakan. Mungkin kerana ingin menjaga hati teman ataupun ahli keluarga sendiri. Ataupun kadangkala dengan menyatakan yang benar, ada kalanya mengundang keresahan buat diri sendiri.

     

     

  • Imam al-Ghazali pernah mengatakan di dalam kitabnya Ihya ‘Ulumuddin, “kejujuran merangkumi kebenaran dalam percakapan, perbuatan serta niat seseorang itu”. Ini bererti, seorang yang jujur, kata-katanya mengandungi kebenaran. Perbuatannya pula seiring dan mencerminkan kata-katanya. Manakala niatnya suci dan tidak terpesong.

     

     

  • Sebagai contoh saudaraku, seorang Mukmin yang jujur dalam memberi nasihat adalah seorang yang menyampaikan kebenaran. Dia turut berusaha mengamalkan nasihat tersebut, walaupun mungkin belum sempurna. Niatnya pula adalah untuk menyampaikan kebaikan, dan bukan kerana merasa dirinya lebih baik atau ingin merendahkan sesiapa, menyebarkan fitnah ataupun memalukan insan lain.