A Singapore Government Agency Website

Office of the Mufti

Kebaikan Dunia dan Akhirat

  • Segala yang Dia tetapkan terkandung padanya kemaslahatan insan. Kadangkala kebaikannya hanya kelihatan setelah beberapa zaman berlalu. Pada sebahagian situasi pula, kebaikannya mungkin juga tidak kelihatan di dunia, kerana segalanya ditundakan di akhirat kelak.

     

     

  • Alhamdulillah, seluruh masyarakat kita telah berusaha untuk memelihara nilai-nilai agama yang murni. Kita berdaya tahan dan bersabar, serta berusaha berjuang dengan segala penyesuaian yang perlu kita lakukan, sama ada di tempat bertugas, ketika kita berada di tempat awam, dan juga di tempat ibadah kita. Segala ujian yang telah kita lalui bersama ini tentunya mempunyai kebaikan dan hikmah di sebaliknya.

     

     

  • Sehubungan dengan ini, Jawatankuasa Fatwa telah membuat kajian seawal bulan Jun yang lalu mengenai pilihan-pilihan yang terdapat di dalam tradisi Islam untuk dipertimbangkan, bagi menyediakan ruang solat yang sebanyak mungkin bagi Jemaah masjid. Antara panduan agama yang dikaji dan dibincangkan ialah kemungkinan untuk mengedepankan atau mengawalkan pelaksanaan solat Jumaat. Pilihan ini dibincangkan kerana ianya pernah dilakukan oleh Nabi (s.a.w.) dan para sahabat baginda ketika berhadapan dengan situasi yang mencabar dan memerlukan perlaksanaanya.