Mencontohi Hubungan Rasulullah Bersama Kanak-Kanak

  • Ketika berbicara berkaitan akhlak dan pekerti Nabi s.a.w., terdapat satu aspek dalam kehidupan Nabi s.a.w. yang saya rasa perlu untuk kita teladani dan hayati pengajaran disebaliknya. Ia berkaitan sifat rahmah dan kasih sayang yang dipaparkan Nabi s.a.w. terhadap kanak-kanak dan pembesaran mereka.

  • Islam memberi penekanan kepada penjagaan hal ehwal anak-anak yatim, serta anak-anak yang terabai. Kita sedia maklum bahawa Baginda s.a.w. sendiri adalah yatim yang telah dibesarkan oleh datuk dan pakciknya. Pentingnya penjagaan dan perlindungan yang diberi kepada anak-anak yatim itu sehingga Allah s.w.t menjanjikan balasan yang baik kepada mereka yang menjaga hal ehwal anak yatim.