Kesejahteraan Masyarakat - Dadah Itu Haram

  • Pengunaan segala jenis dadah adalah haram dari segi agama. Ini kerana, ia menyalahi prinsip pemeliharaan nyawa, jiwa dan akal yang amat dititikberatkan Islam. Ini selari dengan sabda Baginda Nabi s.a.w.: "Tidak boleh kita menyebabkan kemudaratan dan tidak boleh membalas kemudaratan dengan kemudaratan." [Hadith riwayat Imam Ahmad].
  • Menurut laporan media baru-baru ini, terdapat peningkatan sebanyak 23% antara tahun 2010 dan 2016 pada jumlah pesalah dadah daripada kalangan masyarakat kita. Lebih membimbangkan adalah daripada jumlah ini, kadar besar pesalah yang terdiri daripada golongan muda juga amat merisaukan. Ini adalah kerana mereka adalah masa hadapan masyarakat kita. Mereka adalah bakal penerus bangsa dan agama kita.
  • Kita tidak mampu berpeluk tubuh dan menganggap ia bukan masalah kita bersama. Kerana setiap jiwa itu adalah berharga, setiap anak kita adalah harapan bangsa. Oleh itu, ingin saya menyarankan beberapa langkah penting yang perlu kita perhatikan sebagai masyarakat Islam, bagi memainkan peranan kita dalam menangani isu ini