Pendidik Yang Bijaksana Dan Mengerti

  • Unsur memberi  nasihat dan menasihati antara satu sama yang lain merupakan antara tanggungjawab yang penting di dalam agama kita. Memberi nasihat dengan penuh hikmah merupakan ciri yang penting bagi setiap individu Muslim.
  • Sekiranya itu peranan seorang yang memberikan nasihat, bagaimana pula peranan seorang pendidik? Setentunya peranan dan tanggungjawab seorang yang mengajar agama itu berbeza daripada peranan seorang yang hanya memberi nasihat dan teguran. Untuk mengajar agama, ia memerlukan bukan sahaja ilmu pengetahuan dan maklumat yang tepat, tetapi kemampuan dan kemahiran untuk menyampaikan ilmu secara tepat lagi berhemah dan bertanggungjawab.
  • ndividu yang berilmu mampu mengenalpasti yang hak dari yang batil, yang benar dari yang diragui. Inilah peranan ilmu agama bagi setiap individu, ilmu yang menjadi punca insan itu terbimbing dan bukannya tersesat. Menjadi kehidupan kita terarah dan bukannya semakin celaru dan keliru. Kepentingan ilmu agama ini mencerminkan kepentingan peranan yang dimainkan mereka yang mengajar ilmu agama.