Pengajaran Disebalik Surah al-Hujurat, Ketenangan dan Tidak Tergesa-gesa

  • Ia merupakan kewajipan ke atas setiap Mukmin untuk menghayati ayat-ayat Al-Quran. Al-Quran bukanlah sekadar untuk dibaca tanpa melihat kepada tujuan disebalik setiap tuntutan, larangan, peringatan ataupun kisah-kisah yang terkandung di dalamnya.

    Oleh itu, khutbah sepanjang tempoh bulan ini mengajak kita untuk menghayati beberapa pengajaran yang terkandung di dalam sebuah surah. Surah yang dimaksudkan ini adalah surah Al-Hujurat.

    Terdapat sepotong ayat di dalam surah Al-Hujurat yang mengajar kita bukan sahaja untuk berlaku amanah ketika menyampaikan khabar, akan tetapi ia memberi panduan bagaimana seharusnya tindak-tanduk seorang insan ketika menerima khabar yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.