Konsep Halalan Toyyiban Dalam Pemakanan

  • Sebagai seorang Muslim, kita diwajibkan untuk memakan makanan yang halal, serta menghindari daripada makanan yang haram. Ia merupakan sebahagian daripada agama kita. Pentingnya makanan halal itu, sehinggakan Nabi (s.a.w.) menegaskan bahawa penerimaan doa itu bergantung kepada tahap mana seseorang itu menjaga kehalalan makan, minum, bahkan pakaian serta rezeki seseorang. 
  • Penegasan al-Quran yang menggunakan kalimat halalan toyyiban, menunjukkan bahawa kedua-duanya perlu diperhatikan. Sekiranya yang halal merupakan kewajiban yang perlu diperhatikan maka yang baik (toyyib) juga perlu sentiasa dipelihara. 
  • Menurut kajian, pembaziran makanan merupakan satu masalah yang begitu meruncing di zaman ini. Di Singapura sahaja, kadar pembaziran makanan telah meningkat semenjak beberapa tahun yang lalu. Ia sebenarnya merupakan satu perkara yang boleh dielakkan, apabila setiap individu berusaha keras untuk mengurangkan jumlah pembuangan makanan. Sama ada dengan hanya membeli makanan yang diperlukan, yang dijangka mencukupi untuk anda sekeluarga. Ataupun dengan mengawal perbelanjaan, serta tidak berlebih-lebihan.