Pendekatan Rasulullah s.a.w. Dalam Kehidupan Bermasyarakat

  • Kehidupan Rasulullah s.a.w. dipenuhi dengan amalan soleh dan kebajikan. Baginda menjaga penuturannya, agar jangan sampai ada yang terkilan. Kebaikan yang dilaksanakan baginda, tidak mengira pangkat mahupun usia. Beliau menyantuni yang muda, serta memuliakan yang tua. Miskin mahupun kaya, semua mendapat tempat di sisi baginda. Rasulullah memastikan bahawa sesiapa sahaja yang berada disekitarnya dapat merasai kebaikan, dan terkesan dengan sumbangannya.

  • Kehidupan sosial secara bermasyarakat, berkeluarga ataupun di dalam ruang pekerjaan, menuntut insan untuk saling berinteraksi dan bekerjasama. Tatkala kita bertukar pendapat, ataupun berurusan dengan insan lain, nescaya kadangkala berlaku salah faham, ataupun saranan yang bercanggah. Pada situasi sedemikian apakah pendekatan yang wajar kita terapkan? Adakah kita akan tetap bertegas dengan pendirian kita dan tidak menghiraukan pendapat kedua?