Menghayati Akhlak dan Pekerti Nabi s.a.w.

  • Sekiranya kita menghayati sunnah Baginda s.a.w., beliau sering menegaskan kepada umat untuk tidak menuruti hawa nafsu dan amarahnya. Di saat kita diuji tuhan, sekiranya amarah dan keinginan peribadi itu lebih mendorong seseorang untuk meluahkan rasa kekecewaan dan kemarahan, ketika itu Baginda s.a.w. mengajar kita untuk bersabar.
  • Agama ini amat menitikberatkan kepentingan seorang mukmin untuk tidak menuruti hawa nafsu dan amarahnya. Islam mendorong insan untuk berfikir dengan tenang, dan berusaha untuk mencari huraian bagi isu yang dihadapinya. Islam juga mengajar bahawa keputusan yang diambil ketika berada dalam keadaan tidak tenang, ataupun marah; ataupun keputusan yang diambil dalam keadaan tergopoh-gapah tidak akan membuahkan hasil yang diberkati.