Nilai Berpegang Kepada Amanah

  • Sifat amanah merupakan antara sifat terpenting yang diasuh Baginda Rasulullah s.a.w. ke dalam hati sahabat-sahabatnya. Ini jelas terpancar tatkala kita melihat sikap dan perilaku sahabat karibnya, Saidina Abu Bakar r.a. yang amat mementingkan sifat amanah serta berkata benar dalam segala tingkah laku serta pergerakannya. Sehinggalah beliau diberi gelaran As-Siddiq, yang bermaksud: Yang benar.
  • Kisahnya seharusnya dijadikan sebagai teladan dan iktibar dalam kehidupan kita. Jikalau mereka – yakni para sahabat Nabi s.a.w. - yang telah terbukti keutuhan iman mereka menitikberatkan nilai amanah, apatah lagi diri kita ini yang dipenuhi dengan pelbagai dugaan dan cabaran semasa.