Merancang Pengurusan Harta Untuk Kebajikan

Islam menganjurkan kita untuk berusaha sebelum bertawakal. Usaha bererti kita membuat perancangan dengan sebaiknya sebelum menyerahkan segala ketentuan dan hasil usaha kita kepada Allah s.w.t.

Prinsip yang sama juga boleh dipraktikkan dalam perancangan pengurusan harta.

Buatlah perancangan awal secara bertulis dan rasmi, agar hasrat dan niat murni kita untuk berwakaf sambil melakukan kebajikan dan amal jariah dapat terlaksana walaupun selepas ketiadaan kita nanti.