Menghayati Pengajaran Daripada Kisah Nabi Ibrahim a.s.

  • Keimanan yang berdasarkan keterangan dan bukti yang nyata inilah yang merupakan sesuatu yang diberikan perhatian oleh para Anbiya Allah. Allah s.w.t. pernah merakamkan proses Nabi Ibrahim a.s. menggunakan akal kritikalnya untuk memikirkan dan mencari kewujudan Tuhan yang Maha Esa.
  • Hari ini, kita meraih pelbagai maklumat, fatwa dan pandangan agama daripada pelbagai sumber yang disebarkan oleh teman-teman dalam kumpulan Watsapp atau wadah media sosial.
  • Saudara, apabila kita membaca apa jua pandangan agama daripada wadah seperti internet yang tidak dapat dipastikan kebenarannya, kita perlu bersikap kritikal. Tanyakan kepada diri kita, apakah pandangan agama ini bermanfaat, adakah ia sesuai dengan keperluan dan realiti kehidupan di dalam negara Singapura? Adakah ia mempunyai dasar yang kukuh dan jelas? Apakah ia boleh menyebabkan kebingungan pada masyarakat?