Kasih Sayang Rasulullah s.a.w. Kepada Keluarganya

  • Ibu dan bapa adalah merupakan insan yang paling berjasa di dalam kehidupan kita. Mereka telah mencurahkan segala pengorbanan semenjak awal dikhabarkan mengenai kedatangan kita sebagai penyambung zuriat mereka. Mereka telah berusaha dan bertungkus lumus mengharungi pelbagai cabaran dan kesusahan semata-mata untuk melihat kita lahir dan membesar di muka bumi ini dalam keadaan yang terbaik.
  • Selain daripada kedua orang tua yang telah disebutkan kedudukan mereka, terdapat juga beberapa insan lain yang perlu kita berikan perhatian dan kasih sayang yang serupa. Mereka adalah isteri dan anak-anak yang telah dianugerahkan Allah s.w.t. kepada kita.
  • Rasulullah s.a.w. menunjukkan contoh tauladan yang terbaik sebagai seorang suami dan ayah kepada anak-anaknya. Baginda s.a.w. bukan hanya memainkan peranan sebagai ketua keluarga yang mengatur urusan rumahtangga, tetapi Rasulullah s.a.w menjalankan peranan tersebut dengan perasaan kasih dan sayang yang tinggi.