Islam Menolak Segala Bentuk Kezaliman

  • Kezaliman itu bercanggah sama sekali dengan prinsip utama syari’ah, iaitu prinsip keadilan. Maka segala jenis kezaliman serta keganasan yang berlaku terhadap manusia, lebih-lebih lagi terhadap nyawa manusia, adalah ditolak sama sekali oleh agama.
  • Sesungguhnya agama ini tidak melarang umatnya untuk menzahirkan kesedihan dan menyuarakan keprihatinan. Bahkan Nabi (s.a.w.) sendiri bersedih ketika kematian anaknya, Ibrahim.
  • Yang diperintahkan agama adalah untuk memastikan segala reaksi dan perasaan itu, dipandunya ke arah yang selari dengan panduan agama. Iaitu dengan memilih untuk mengarahkannya ke arah yang lebih positif.