Bermuhasabah Diri Kunci Meraih Ketakwaan Allah

  • Ketakwaan itu boleh dicapai melalui proses pemerhatian dan pemeriksaan terhadap apa yang kita kerjakan, iaitu dengan bermuhasabah diri. Muhasabah ialah proses mengaudit dan memeriksa diri sendiri sama ada seseorang itu telah menjalankan setiap tututan agama sama ada tuntutan untuk melakukan amal ibadah ataupun meninggalkan segala larangan Allah (s.w.t.).Bahkan, setiap nikmat kurniaan Tuhan bakal diperhitungkan.

  • Sebuah nikmat akan menjadi hujjah ke atas mereka jika ia menggunakan nikmat tersebut pada jalan yang tidak diredai Allah (s.w.t). Sebaliknya, jika nikmat tersebut digunakan pada jalan yang diredai Allah (s.w.t), maka ia akan menjadi sebab bagi beliau mendapatkan syurga Allah (s.w.t).