Memahami Rahmah Pro-Aktif

  • Reaksi untuk menghulurkan bantuan merupakan naluri yang tersemat di dalam diri setiap insan. Kerana kita yakin, bahawa apa jua usaha baik yang kita lakukan untuk membantu saudara kita merupakan amal soleh yang mendatangkan ganjaran di hari akhirat kelak. Ia merupakan cerminan nilai rahmah yang Allah s.w.t. kurniakan kepada sekalian makhlukNya.

  • Nilai rahmah yang wujud di dalam diri setiap individu ini boleh diasuh dengan lebih lagi. Kerana kemuncak nilai rahmah, akan terlihat apabila kita mengambil inisiatif untuk membuka ruang dan memberi peluang kepada insan lain untuk mengerjakan amal kebaikan. Beliau bukan hanya menantikan peluang menyumbang untuk kunjung tiba, bahkan beliau yang mengorak langkah serta mencipta peluang tersebut. Dalam erti kata lain, inilah yang boleh saya istilahkan sebagai rahmah pro-aktif.

  • Pada kesempatan ini, khutbah ingin berkongsi beberapa prinsip yang perlu kita jadikan panduan untuk membentuk ciri-ciri rahmah pro-aktif yang dimaksudkan.