Muhasabah Setelah Bulan Ramadan

  • Bagi individu mukmin, segala peluang yang Tuhan kurniakan kepadanya merupakan peluang keemasan. Kita tidak mengetahui keadaan kita esok ataupun lusa. Apatah lagi keadaan kita pada Ramadan tahun hadapan. Yang kita miliki itu kesempatan yang Tuhan kurniakan sekarang.
  • Amat penting bagi kita untuk kita terus menghayati aspek ihsan dan rahmah dalam pengamalan agama. Iaitu dengan dengan menjaga keperluan insan lain dan bertimbang rasa kemaslahatan saudara Islam kita yang lain.