Kasih Sayang Yang Mencorak Kemanusiaan

  • Jika kita amati setiap surah di dalam Al-Quran, kita akan dapati bahawa setiap surah dimulakan dengan perkataan Bismillahir Rahmanir Rahim atau dikenali sebagai Basmalah, kecuali pada surah At-Taubah. Ia membawa maksud: “Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”
  • Mengikut sebahagian ahli tafsir, Ar-Rahman dan Ar-Rahim dipilih bagi menjelaskan sifat Allah di dalam Basmalah kerana sifat ini adalah sifat yang paling dominan. Kasih sayang Allah s.w.t. kepada insan tiada bandingnya dengan sifat kasih sayang yang ada di sisi insan. Kerana kasih sayangNya kepada insan tiada bertepi.
  • Perhatikan sahaja saudaraku, nikmat kurniaan Yang Esa kepada kita. Pendidikan, pekerjaan, keluarga, ketenangan dan keamanan. Subhanallah! Ternyata nikmatNya mencurah-curah, walaupun kadangkala, rasanya diri ini tidak layak untuk menerima curuhan nikmat tersebut.