Sifat Syukur yang Melahirkan Semangat Kemanusiaan

  • Di dalam kesibukkan kita mengharungi tuntutan kehidupan seharian, sama ada sebagai seorang pelajar, guru, jurutera, peniaga, atau apa sahaja jawatan yang kita sandang, ingatlah segala yang kita kecapi sekarang ini merupakan nikmat kurniaan tuhan. Ia merupakan suatu nikmat, yang mana disebaliknya mewajibkan ke atas kita untuk bersyukur di atas setiap pemberian tuhan.

  • Menurut para ulama, syukur itu perlu ditanam di dalam hati dan perlu juga dizahirkan menerusi lidan dan sekalian anggota badan.

     

  • Justeru, di dalam usaha kita menzahirkan kesyukuran dengan melakukan amalan-amalan solih, perlu kita menyedari bahawa amalan solih itu tidak terbatas kepada ibadah-ibadah seperti solat, puasa, umrah, haji dan sebagainya. Bahkan pengertian sebenar amalan solih menjangkau lebih daripada itu.