Mencontohi Etika Pekerjaan Rasulullah s.a.w

  • Agama Islam mendorong umatnya untuk sentiasa berusaha untuk mencari sumber rezeki yang halal bagi menyara kehidupan. Sebagai umat Islam kita perlu sedar bahawa bekerja adalah suatu bentuk kewajipan yang perlu dilaksanakan. Kerana dengan bekerja kita boleh menampung tanggungjawab seperti memberi nafkah kepada isteri, anak dan orang tua. Tambahan daripada itu, kita juga diberikan kemudahan untuk menunaikan amal ibadah seperti berzakat, infaq dan bersedekah.

  • Justeru itu, tanggungjawab bekerja haruslah dipikul dengan jujur. Setiap kali kita melaksanakan tugas untuk mencari rezeki yang halal, ia adalah salah satu bentuk pengabdian diri kita kepada Allah s.w.t. Bahkan Rasulullah s.a.w. juga telah memaparkan beberapa etika pekerjaan untuk dijadikan sebagai tauladan. Maka dengan itu, Khutbah berkongsi beberapa panduan yang dapat kita raih daripada Sunnah Nabi s.a.w. berkaitan etika bekerja yang dipaparkan baginda s.a.w. yang wajar kita terapkan di dalam kehidupan kerjaya kita.