Mengenali dan Mencintai Baginda s.a.w.

  • Nabi Muhammad s.a.w. datang bersamanya curahan rahmah buat sekalian alam. Pembawa cahaya keimanan yang menyinari kegelapan kejahilan yang menyelubungi bumi selama ini. Pembawa harapan yang menyatupadukan kehidupan manusia dengan persaudaraan dan menghentikan permusuhan sesama manusia. Pembawa contoh tauladan yang mulia buat sekalian manusia.

     

     

  • Maka dalam usaha menunjukkan rasa cinta kita kepada Baginda s.a.w., kita turut dianjurkan untuk menghayati sirah kehidupan Baginda. Dengan kita melungsuri sirah Baginda, ia dapat meningkatkan lagi keimanan dan kecintaan kita kepada Baginda dan menjadikan kita seorang Muslim yang sentiasa bersyukur dengan kurniaan Tuhan.

     

     

  • Maka seharusnya kita sentiasa berusaha untuk menjaga akhlak serta kelakuan kita pada setiap saat dan ketika. Akhlak sesama jiran tetangga, akhlak sesama teman. Bahkan, akhlak dan kelakuan kita bersama ahli keluarga yang terdekat juga perlu diperhatikan.