Mencontohi Hubungan Rasulullah s.a.w. bersama Isteri

  • Kita mengetahui daripada hadith-hadith Nabi s.a.w. bagaimana sibuknya Baginda s.a.w. menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang utusan Tuhan, imam dan pemimpin, tambahan daripada masanya yang diberikan untuk beribadah kepada Tuhan.

  • Walaupun sedemikian rupa, kita menyaksikan bagaimana Baginda memastikan bahawa hak dan tanggungjawabnya terhadap ahli keluarganya terpelihara. Tanpa segan dan rasa janggal, Nabi s.a.w. akan sentiasa berusaha untuk membantu ahli keluarganya dalam melaksanakan tugas seharian. Ia diantara contoh yang terbaik yang perlu kita hayati serta teladani.

  • Kita telah diamanahkan untuk menjaga hal ehwal isteri kita dengan sebaik mungkin, menunaikan hak-hak mereka serta menjamin keselamatan dan kesejahteraan mereka.