Iman dan Amalan

  • Iman adalah sangat penting bagi kehidupan seorang Muslim dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini. Iman mendidik jiwa kita agar terus berpegang teguh pada setiap ketentuan Allah (s.w.t.) dalam apa jua keadaan sekalipun.

    Apabila dikurniakan kebaikan dan nikmat, iman mengajar kita untuk sentiasa bersyukur kepada Tuhan. Apabila diuji dengan kesusahan serta kesempitan, iman mengajar kita untuk terus yakin akan rahmat Tuhan dan bersangka baik kepada-Nya.

  • Setiap amal soleh merupakan satu peluang untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. Namun, sebagai seorang Mukmin, kita tidak seharusnya hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Benar, kita perlu berusaha untuk menjaga hubungan kita dengan Allah (s.w.t.) melalui amalan ibadah dan amal soleh. Namun ia tidak bermaksud kita mengabaikan keperluan insan lain ataupun membiarkan saudara kita dalam kesusahan.

  • Terdapat banyak cara yang kita boleh lakukan untuk meninggalkan kesan baik dalam kehidupan. Ia tidak hanya tertumpu kepada sumbangan kewangan sahaja. Membantu atau memberi dalam apa jua lapangan yang dapat merperkasakan insan lain juga merupakan kebaikan yang terpuji.