Kesejahteraan Masyarakat - Keagamaan Yang Bersifat Rahmah

  • Sebagaimana yang kita sedia maklum, bulan Ramadan yang dinanti-nantikan di dalam jiwa setiap Muslim bakal menemui kita. Allah s.w.t. mengurniakan pelbagai peluang sepanjang bulan Ramadan. Maka oleh itu, rebutlah peluang ini untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. melalui sifat rahmah. Lakukanlah ketaatan berteraskan sifat rahmah. Sifat rahmah yang dapat menyantuni diri sendiri dan mencetuskan kasih sayang kepada orang lain.
  • Rahmah adalah sesuatu yang menyenangkan dan memberikan kebahagiaan. Setiap manusia memerlukan sentuhan rahmah untuk dia melalui cabaran dan liku-liku kehidupannya. Tanpa rahmah, manusia akan sengsara dan cepat berputus asa. Jika dirujuk kepada Al-Quran, terdapat banyak ayat-ayat yang membuktikan bahawa Allah s.w.t. telah menetapkan sifat rahmah ke atas dirinya untuk dikurniakan kepada sekalian makhluk-Nya.