Muhasabah dan Istiqamah dalam Amalan Selepas Ramadan

  • Segala usaha baik yang kita lakukan hari ini adalah sebagai bekalan untuk kehidupan kita seterusnya, untuk esok kita di dunia dan juga untuk esok kita di akhirat nanti. 
  • Islam mengajar kita untuk bertaqwa dan beramal untuk esok. kita disuruh untuk tidak leka di dalam menyemak selalu apa bekalan yang kita sediakan untuk menghadapinya. 
  • Rebutlah peluang-peluang terakhir di penghujung Ramadan ini untuk benar-benar mendapat kejayaan di sisi Allah. Giatkan lagi amal ibadat kita. Elakkan perkara-perkara yang merosakkan pahala ibadat sebulan Ramadan kita. Semoga Allah merahmati kita dengan jaminan tempat di dalam syurga.