Bermuhasabah Membentuk Peribadi Seorang Mukmin

  • Melakukan kesilapan dan dosa merupakan lumrah manusia. Namun, beruntunglah orang yang mengambil pelajaran dari kesilapannya dan bertekad untuk menjadi lebih baik. 

  • Sebagai Mukmin, kita dianjurkan untuk merenung kebaikan dan kelemahan serta mencari ruang pembaikan. Amalan dan nilai yang baik diperkasakan lagi sedangkan kesilapan diperbaiki. 

  • Muhasabah mendorong kita untuk menjadi Muslim yang lebih baik. Janganlah berputus asa apabila menyedari akan dosa dan kekurangan diri. Tetapi seharusnya kita berusaha untuk memperbaiki keadaan kerana Allah suka kepada hamba-hambaNya yang bertaubat.