Semangat Berjuang Dan Positif

  • Dia mengingatkan insan agar sentiasa peka dan akur bahawa kita semuanya merupakan hamba Tuhan. Berada di bawah pemilikannya. Tuhan tidak akan sekali-kali memudaratkan hamba-hambaNya. Dari itu, kalimat suci tersebut, sebenarnya merupakan panduan untuk sentiasa berfikiran positif. Lebih-lebih lagi di saat ujian datang melanda.

     

     

  • Seorang yang positif dapat menerima sebarang perubahan dengan hati yang terbuka. Beliau redha dengan sebarang ketentuanNya. Beliau turut meyakini bahawa setiap sesuatu itu mempunyai hikmah disebaliknya.

     

     

  • Sungguh pantas masa berlalu, kita telah pun memasuki bulan Zulhijjah yang mulia. Maka marilah sama-sama kita memperbanyakkan amal ibadah dan amal soleh. Semoga melaluinya, Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kita rahmatNya dan jalan keluar bagi ujian ini.