Sifat Memudahkan Ciri Utama Syari'at Islam

  • Risalah Baginda Nabi (s.a.w) adalah untuk seluruh manusia. Ia mengambil kira pelbagai latarbelakang dan aspek individu dari setiap lapisan masyarakat dari termasuk mereka yang kurang berkemampuan, lemah serta mereka yang berhajat.

 

  • Syari’at memberikan kelonggaran bagi golongan-golongan yang memerlukan. Kelonggaran ini bukanlah suatu yang ganjil ataupun terkeluar dari syari’at. Bahkan ia merupakan sebahagian daripada Syari’at seperti yang diajar oleh Baginda (s.a.w) kepada Mu’az ibn Jabal (r.a).