Menghargai Nikmat Kurniaan Allah

  • Kita bersyukur Allah masih mengizinkan kita untuk bertemu bersama bulan Ramadan. Bulan Rahmat. Bulan Pemberian. Dan bulan kemurahan hati. Bulan untuk kita mendidik jiwa kita untuk bersikap belas, rahmah dan prihatin kepada insan lain. Kemudian berasa murah hati untuk memberi dan berkongsi nikmat dan kebaikan yang kita miliki, sedikit mana sekali pun.

  • Peluang melakukan kebaikan, berkongsi nikmat, dan menggembirakan orang lain terbentang luas pada waktu ini. Lihatlah pada sekeliling kita, pada jiran-jiran kita. Tanpa mengira bangsa dan agama. Tanyakan pada diri bagaimana kita boleh membantu dan membawa kebahagian kepada mereka, sebagai rahmat kepada mereka.

  • Janganlah kita meremehkan sedikit kebaikan yang kita lakukan. Kerana sesungguhnya Allah s.w.t. melihat setiap amalan kita, sedikit mana sekalipun.