Peranan Kehidupan Seorang Muslim

  • Sepertimana seorang mukmin itu menjaga hubungannya dengan Allah dengan beribadah kepada Allah s.w.t. begitu juga dia memerhatikan hubungannya sesama insan.Nabi s.a.w. memberi petunjuk kepada kita bagaimana seharusnya akhlak dan adab seorang hamba itu kepada tuhanNya. Begitu juga bagaimana seharusnya seorang mukmin memelihara hubungannya sesama insan.
  • Ketahuilah bahawa seorang Muslim itu adalah seorang yang mencintakan kedamaian. Beliau adalah seorang yang menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat tidak kira dimana beliau berada. Menyumbang dan membangun sehingga kebaikannya dirasai dan kewujudannya dihargai oleh sesiapa sahaja yang berada di sekelilingnya.