Memelihara Diri Daripada Ajaran Sesat

  • Ilmu membantu kita untuk memahami agama ini, sesuai dengan tuntutan Allah dan Rasul-Nya. Ilmu memberi panduan kepada kita untuk menuruti Nabi (s.a.w.), agar amal ibadah yang kita laksanakan, sesuai dengan cara yang diajarkan Nabi (s.a.w.).

     

     

  • Akidah yang kita yakini menetapkan bahawa tiada yang mengetahui yang ghaib melainkan Allah. Dan setelah kewafatan Nabi (s.a.w.), tiada seorang insan pun yang berhak untuk mengakui bahawa beliau menerima wahyu daripada Allah (s.w.t.).

     

     

  • Ajaran Islam ini telah lama sempurna daripada segi akidah, ibadah, kemuliaan akhlak, begitu juga pada segala prinsip ajaran agama. Nabi (s.a.w.) meninggalkan kepada kita satu panduan yang begitu jelas sekali. Sehinggakan tidak ada yang tersembunyi dalam agama ini. Panduan menuju kepada Tuhan telah diberikan. Amalan ibadah serta kerohanian untuk mempertingkatkan keimanan juga telah disertakan. Maka menjadi tanggungjawab setiap individu untuk memastikan bahawa ajaran agama yang diterimanya merupakan ajaran yang benar lagi tepat.