Istiqamah Kunci Meraih Syurga

  • Istiqamah bererti seseorang itu berusaha untuk melakukan amal ibadah walaupun ia kecil di pandangan manusia. Suatu yang kecil jika dilakukan secara berterusan, dianggap besar di sisi Tuhan. Jika amal soleh itu dilakukan dengan betul kemudian diiringi dengan keikhlasan, maka ia akan diterima oleh Allah (s.w.t).
  • Marilah sama-sama kita teruskan amalan baik yang telah kita lakukan ketika bulan Ramadan. Jika semasa Ramadan lidah kita berpuasa untuk tidak berbohong, mengejek, mengumpat, memfitnah, kerana takut akan hangus ganjaran puasa. Maka teruskanlah memuliakan lidahmu itu selepas Ramadan, kerana Allah tetap terus Maha Mendengar setiap tutur bicara dan mencatitnya.