Tanggungjawab Seorang Muslim: Berhadapan Dengan Maklumat

  • Apabila kita menerima suatu berita atau maklumat, sama ada di media sosial, di lelaman sesawang, ataupun melalui berita yang dikongsikan sahabat handai, maka menjadi tanggungjawab kita untuk menilai kesahihannya.
  • Tanggungjawab ini menjadi lebih genting sekarang ini ketika kecerdasan buatan (AI) sedang berkembang pesat. Maklumat palsu amat mudah untuk dicipta oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang hanya ingin mengejar populariti dan tanda “Like” pada hantaran atau posting akaun media sosial mereka. Oleh yang demikian, adalah amat penting untuk kita menilai suatu maklumat itu secara rasional dan bukan secara emosi.