Membina Masyarakat Bersepadu

  • Untuk menjalani kehidupan yang berjaya, kita perlu menerima fakta kehidupan bahawa kita hidup dalam suasana penuh dengan kerencaman dan kepelbagaian. Sejak mulanya tamadun Islam, orang Islam telah hidup sebagai anggota masyarakat majmuk.
  • Sebagai umat Islam di Singapura, kita yakin bahawa kita dapat bersatu, dan menyumbang kepada pembangunan negara tercinta ini. Kita telah lihat bagaimana generasi perintis di kalangan masyarakat kita telah meletakkan dasar-dasar yang kukuh, lebih 52 tahun lalu, bagi membina masyarakat berbilang agama yang berjaya.
  • Walaupun kita yakin bahawa kita dapat hidup sebagai Muslim yang berjaya di tanahair ini, terdapat mereka yang melemparkan rasa syak wasangka mengenai isu ini. Mereka mengedepankan pandangan yang dipetik daripada kitab-kitab lama, pandangan yang sesuai dengan kehendaknya, tanpa mengambil kira penjelasan lanjut mahupun konteksnya.