Menghargai Masa dan Peluang untuk beramal Soleh

  • Lailatul Qadar adalah malam di mana seorang hamba berusaha dengan bersungguh-sungguh memanjatkan doa kepada Allah (s.w.t). Berhubung melalui wahyu Allah (Al-Quran) yang dapat membuka minda anda dan mengetuk pintu hati anda.
  • Seorang mukmin itu pandai membuat pertimbangan. Dalam menghulurkan bantuan, pastikan kesahihan projek ataupun organisasi yang bakal kita hulurkan sedekah serta bantuan tersebut. Jangan sampai seseorang itu tertipu dengan pelbagai dakwaan. Lalu menghulurkan bantuan kepada mereka yang tidak layak menerima bantuan tersebut.