[Khutbah Gerhana] Menghargai Tanda Kebesaran Allah dalam Fenomena Gerhana

  • "Dan di antara tandanya adalah malam dan siang, matahari dan bulan. Jangan sujud kepada matahari mahupun bulan, akan tetapi sujudlah kepada Allah yang telah menciptakan mereka sekiranya kami [benar-benar] beribadah kepadaNya." - Surah Fussilat ayat:37. 
  • Kejadian gerhana bulan dan juga matahari, sebenarnya bertujuan untuk mengingatkan insan akan kebesaran Allah s.w.t. dan kudratNya. 
  • Dengan disunnatkan beribadah dan berdoa ketika menyaksikan fenomena alam tersebut, ia merupakan satu pengajaran kepada insan, bahawa jangan sekali-kali kita ini lupa serta alpa bahawa seluruh alam ini bergerak dengan kehendak dan keinginanNya semata-mata.