Sifat Mazmumah Yang Perlu Dibersihkan Riya'

  • Sebagai penutup bagi khutbah pada bulan ini, yang telah memberikan penumpuan kepada penyucian hati daripada sifat-sifat mazmumah, ingin saya menyentuh satu lagi ciri mazmumah yang perlu dikeluarkan daripada hati ini, agar amalan kita diterima Yang Esa.
  • Allah s.w.t. mengingatkan kita untuk sentiasa berwaspada terhadap sifat riya’, kerana riya’ itu menghapuskan segala kesan amalan soleh yang dilaksanakan seseorang.  Seperti air hujan yang dicurahkan ke atas batu yang diselubungi tanah, ia akan menghilangkan segala kesan tanah yang terdapat pada batu tersebut. Subhanallah! Begitulah kesan sifat riya’ terhadap amalan-amalan kita, ia menghapuskan segala pahala yang layak diterima daripada amalan yang dilakukan, sehinggakan amalan tersebut menjadi sia-sia.
  • Jangan kita dengan segera menghukumkan seseorang yang berkongsi segala amal kebajikan yang dia laksanakan di media sosial, seperti membantu fakir miskin pada bulan Ramadan, sebagai orang yang riya’, kerana keikhlasan itu, merupakan suatu rahsia antara hamba dengan Allah s.w.t.. Dan tidak dapat kita nafikan, terdapat kemanfaatan disebalik perkongsian amalan yang dilaksanakan seseorang agar diketahui orang ramai. Lebih-lebih lagi sekiranya ia bertujuan untuk mendorong insan lain untuk mencontohi amalannya